AKTIVITI PENGAJARAN



1.      Aktiviti pengajaran
Sebelum menyediakan aktiviti pengajaran guru perlulah mengkaji sukatan pelajaran berkenaan secara mendalam. Guru perlulah menguasai segala konsep dan kemahiran yang akan disampaikan kepada murid. Kemudian guru perlu menganalisis bahan pengajaran, memilih, memeringkatkan serta menyusun aktiviti dan contoh yang sesuai untuk mencapai objektif pengajaran.
1.1  Pencapaian tinggi
Hasil pembelajaran      : Mengukur dan membanding isipadu cecair dengan menggunakan
                                     unit-unit bukan piawai.
Bahan-bahan               : Tiga set bekas yang mengandungi dua bekas berbeza saiz bagi
 setiap set, lapan gelas yang sama saiz dan air berwarna hijau.
Langkah-langkah        :
1.      Bahagikan murid kepada kumpulan yang mengandungi 4 orang ahli setiap kumpulan. Murid diminta membuat aktiviti secara bekerjasama.
2.      Lantik seorang murid sebagai perekod di dalam setiap kumpulan.
3.      Sediakan 3 set bekas yang dilabel A,B dan C . Setiap set mempunyai dua bekas yang berbeza saiz yang mengandungi air yang penuh. (Rujuk gambarajah 1).

Gambarajah 1
4.      Minta murid menganggar bekas yang mana mengandungi air yang lebih bagi setiap set. Murid disoal secara rawak dan diminta memberi jawapan berserta alasan.
5.      Uji kaji dimulakan dengan set A. Murid diminta menuangkan air dari bekas 1 ke dalam gelas kosong. Perhatikan berapa gelas yang terlibat. (Rujuk gambarajah 2).

     
                                                                     Gambarajah 2
6.      Ulang langkah yang sama untuk bekas 2. (Rujuk gambarajah 3).    
                                                                                                     Gambarajah 3
7.      Minta murid merekodkan penemuan mereka di dalam jadual yang disediakan. (Rujuk jadual 1).
Set
Bekas
Bilangan gelas
Lebih/Kurang/Sama
A
1


2


B
1


2


C
1


2


      Jadual 1
8.      Berdasarkan penemuan mereka minta murid menyatakan perbandingan bekas yang mengandungi air yang lebih dan bekas yang mengandungi air yang kurang merujuk kepada bilangan gelas yang terlibat . (Rujuk gambarajah 4).


                                                                 Gambarajah 4
9.      Ulang langkah yang sama untuk set B dan C sebagai pengukuhan. Rekodkan penemuan dan buat perbandingan kapasiti air di dalam bekas tersebut


1.2  Pencapaian rendah
Hasil pembelajaran      : Mengukur dan membanding isipadu cecair dengan menggunakan                                            unit-unit bukan piawai.
Bahan-bahan                   :  Tiga set bekas yang mengandungi dua bekas berbeza saiz bagi
   setiap set, dua botol  kosong sama saiz, corong dan air berwarna       hijau.
Langkah-langkah        :

1.      Bahagikan murid kepada kumpulan yang mengandungi 4 orang ahli setiap kumpulan. Murid diminta membuat aktiviti secara bekerjasama.
2.      Lantik seorang murid sebagai perekod di dalam setiap kumpulan.
3.      Sediakan 3 set bekas yang dilabel A,B dan C. Setiap set mempunyai dua bekas yang berbeza saiz yang mengandungi air yang penuh. (Rujuk gambarajah 1).
                                                                             
      
Gambarajah 1
4.      Minta murid menganggar bekas yang mana mengandungi air yang lebih bagi setiap set. Murid disoal secara rawak dan diminta memberi jawapan berserta alasan.
5.      Uji kaji dimulakan dengan set A. Murid diminta menuangkan air dari bekas 1 ke dalam botol kosong yang dilabel 1.(Rujuk gambarajah 2).
 
Gambarajah 2
6.      Ulang langkah yang sama untuk bekas 2 dengan menuangkannya ke dalam botol 2. (Rujuk gambarajah 3).


 
Gambarajah 3

7.      Letakkan kedua-dua botol 1 dan 2 berhampiran bandingkan ketinggian air daripada botol-botol tersebut. (Rujuk gambarajah 4).

Gambarajah 4

8.      Murid diminta merekodkan penemuan di dalam jadual yang diberi (Rujuk jadual 1).
Set
Botol
Lebih /Kurang/Sama
A
1

2

B
1

2

C
1

2

Jadual 1

9.      Ulang langkah yang sama untuk set B, dan C  sebagai pengukuhan. Rekodkan penemuan dan buat perbandingan kapasiti air di dalam bekas tersebut.