PENGENALAN


1.      Pengenalan
Kita sering menggunakan pengukuran dalam kehidupan seharian. Menurut Murugiah a/l Velayutham dan Kao Thuan Keat (2007), pengukuran ialah satu proses di mana satu nombor ditugaskan kepada satu sifat objek atau acara. Salah satu topik dalam matematik KBSR tahun dua ialah pengukuran isipadu cecair.
Isipadu cecair merujuk kepada kandungan atau kapasiti cecair di dalam sesuatu bekas. Bagi mengukurnya kita boleh menggunakan bukan unit piawai (lebih daripada kurang daripada dan sama dengan) yang dipanggil pra pengukuran dan unit piawai (liter dan milliliter).

       2.   Salah konsep mengenai kapasiti
Dalam pembelajaran isipadu cecair kadangkala berlaku salah konsep dikalangan murid  mengenai kapasiti. Murid-murid selalu membuat perbandingan kapasiti cecair dengan merujuk kepada ketinggian cecair berbanding diameter bekas. Apabila ditanya bekas mana yang mempunyai lebih isi sama ada bekas yang pendek atau bekas yang lebih tinggi, kebanyakan murid akan memilih bekas yang lebih tinggi walaupun sebenarnya bekas yang pendek itu yang mempunyai lebih isi. Cara terbaik untuk mengkaji kapasiti dengan menggunakan perbandingan secara langsung.
Bagi membuat perbandingan secara langsung, kita memerlukan beberapa bekas untuk murid mengisi satu bekas dan menuangkannya ke dalam satu bekas yang lain untuk melihat bekas mana yang boleh mengisi lebih.