PENUTUP


1.      Penutup
Sebagai seorang guru matematik sekolah rendah, kita haruslah menumpukan perhatian kepada perkembangan kanak-kanak dalam peringkat operasi konkrit dan memahami kebolehan mereka dalam aktiviti pembelajaran matematik di peringkat sekolah rendah.
Menurut Piaget, kanak-kanak hanya boleh memahami konsep melalui pengalaman konkrit. Bahan bantu mengajar memainkan peranan penting untuk menyampaikan konsep matematik dengan berkesan. Murid-murid suka menjalankan aktiviti pembelajaran dengan menggunakan bahan bantu mengajar. Oleh itu kaedah kerja praktik merupakan kaedah yang sesuai digunakan untuk mendorong murid melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran matematik. Contohnya dalam membuat perbandingan isipadu cecair di dalam dua bekas yang berbeza murid melakukan sendiri uji kaji dan melihat hasilnya menggunakan teknik inkuiri penemuan.
Disamping itu masalah salah konsep dapat dikesan dengan serta merta. Guru dapat memperbetulkan salah konsep mengenai kapasiti cecair di dalam bekas yang berbeza saiz dengan menggunakan bahan bantu mengajar dan aktiviti pengajaran yang sesuai. Dengan ini murid lebih mudah memahami dan menguasai kemahiran-kemahiran mengenai pengukuran isipadu cecair.