BAHAN BANTU MENGAJAR


1.      Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajar memainkan peranan penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh menggunakannya untuk menyampaikan konsep dengan cara yang lebih berkesan. Murid-murid pula menggunakannya untuk mempelajari konsep dan kemahiran dengan lebih seronok dan bermakna.
Bagi menjalankan aktiviti pengajaran menyukat dan membandingkan isipadu cecair saya telah memilih dua set bahan bantu mengajar mengikut aras pencapaian murid.

a)      Pencapaian tinggi





b)      Pencapaian rendah


Kepentingan bahan bantu mengajar ini ialah :
*      Membantu guru menyampaikan pelajarannya dengan tepat.
*      Merangsangkan minat murid supaya menumpukan perhatian kepada pelajaran.
*      Memudahkan guru menyampaikan pelajarannya. Dengan adanya bahan bantu mengajar guru tidak perlu menghuraikan sesuatu dengan menggunakan banyak perkataan.
*      Membolehkan murid menghubungkaitkan di antara benda konkrit dengan fakta-fakta yang abstrak.
*      Membantu murid memperkukuhkan ingatan biasanya murid boleh mengingat sesuatu yang berbentuk konkrit lebih lama daripada bahan-bahan abstrak.
*      Membolehkan murid menjalankan kajian, melalui kaedah inkuiri penemuan dan membuat kesimpulan dengan menggunakan bahan bantu mengajar.
*      Membantu murid menyelesaikan masalah secara sendiri dengan iaitu berpusatkan murid.
Kriteria pemilihan bahan bantu mengajar :
*      Bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi menyukat dan membuat perbandingan isipadu cecair.
*      Membantu menyampaikan konsep kapasiti sesuatu cecair dengan lebih mudah, tepat dan cepat.
*       Menarik perhatian dan menimbulkan minat murid-murid kerana mereka boleh menggunakannya sendiri untuk uji kaji.
*      Kos perbelanjaan yang rendah kerana menggunakan bahan sedia ada (bekas plastik, gelas plastik, air) dan bahan terbuang (botol plastik). Tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang terlalu tinggi.
*      Saiz dan berat yang sesuai supaya mudah dibawa, diguna dan disimpan. Bahan bantu mengajar yang terlalu berat dan besar menganggu kelancaran penyampaian guru atau penggunaan murid.
*      Tidak membahayakan keselamatan murid kerana menggunakan bahan plastik tidak melibatkan bahan yang mudah pecah atau rosak.
*      Sesuai dengan semua aras pencapaian murid.
*      Bahan mudah dicari kerana berkaitan dengan kehidupan seharian.